Yang paling berharga di dalam rumahkita bukannya perabot, bukan peralatan elektronik, komputer ataupun barang-barang antik yg lain. Yg paling berharga ialah manusianya - isteri atau suami dan anak2 kita. Itulah modal insan yg sewajarnya lebih kita hargai daripada segala-galanya. Tetapi benarkah kita telah menghargai isteri, suami dan anak-anak lebih daripada barang2 berharga di rumah kita?
Lain yg difikirkan, lain pula yang dirasa. Cuba renungkan berapa ramai suami yg lebih prihatin tentang perasaan isteri berbanding 'keadaan' keretanya? Tak ramai. Itu belum kira lagi kaki pancing yg setiap hujung minggu berkepit dgn joran dan umpan tetapi membiarkan anak2 dan isteri kesepian di rumah. Atau para isteri yg leka dgn lokasi orkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan anak2 terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya.
Bila kereta 'aneh' sedikitnya bunyinya, cepat2 diusung ke bengkel, dibetulkan enjin, ditunekan semula bunyinya. Tetapi isteri yg batuk2, lenguh dan sembab dibiarkan...alasannya, itu memang adat, badan dh tua. Itu belum dikira yang workaholic berkerja siang malam, tak kenal cuti dan rehat...bila ditanya mengapa begitu sibuk? Dia menjawab, demi anak dan isteri. Padahal, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan anak dan isteri. Aneh juga, ada yang mencari duit sampat tidak sempat menikmati duit. Bila duit sudah terkumpul... kesihatan pula sudah tergadai, rumahtangga sudah berkecai, anak2 telah terabai.
Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata. Begitu selalu pesan cendekiawan dan pujangga. Malangnya, kita selalu terlepas pandang. Sesuatu yg terlalu dekat kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas. Isteri depan mata, tidak dihargai. Anak yg berhampiran, sering ditinggalkan. Kajian menunjukkan bahawa suami di Amerika lebih byk meluangkan masa menonton tv drpd bercakap dengan isteri. Di sini apa kurangnya, tiga jam menonton tv bersama tanpa sepatah pun berbual. Suami, isteri dan anak2 sibuk melayani fikiran sendiri walaupun duduk hanya berselang beberapa inci.
Remaja leka dengan SMS dam MP3, tanpa ingin berbual dengan ibubapa, Jika duduk berjauhan , masa berSMS dengan teman lebih byk berbanding dgn ibu bapa yg ditinggalkan. No news is a good news. Begitu selalunya, kata mereka. Tetapi bila tiba2 ibu atau bapa diserang strok, hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka puaslah anak2 menangis kerana tidak dpt mendengar suara ibu atau bapanya lg. Waktu itulah baru duduk di tepi katil hospital, merenung mata emak yang berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara.
Hidup terlalu singkat. Hidup hanya sekali. Yang pergi tak kan kembali, Yang hilang, mungkin tumbuh lagi...tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. Apakah ibu bapa yang 'hilang' akan berganti? Apakah anak, isteri, suami yg 'pergi...akan pulang semula?
Jadi, hargailah semuanya selamanya segalanya masih ada. Pulang ke rumah dengan ceria, terbarkan salam, lebarkan senyuman. Mungkin esok, anda tidak 'pulang' atau tidak ada lagi si dia yang setia menunggu di sebalik pintu. Mungkin anda 'pergi' atau dia yg 'pergi'. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!
No comments:
Post a Comment