04HB DISEMBER, 2010
Hari yang ditunggu telah kunjung tiba. Pasti para keluarga agak sibuk di awal pagi utk menyediakan apa yang patut. Para ibu pasti sibuk memasak, mengemas bagasi, para ayah pula sibuk memeriksa minyak itam, air, minyak, tayar dll. Anak-anak pasti gembira dan tidak sabar menunggu untuk bergerak dan tidak kurang juga masih memikirkan apakah soalan kuiz yg akan bakal ditanya..hehehe..
Bonda, dan 3 keluarga yg lain bergerak dari Temerloh lebih kurang 8.00 pagi dan yang dari Gombak, Ampang, Subang dan Klang mungkin bergerak lebih kurang pukul 10.00 pagi. Hanya seorang yg tidak dapat turut serta iaitu Mak Itam kerana ada urusan penting yang beliau tidak dpt elakkan. Keluarga Pak We telah bergerak awal dan terus ke Pasir Panjang, Port Dickson kerana beliau ada kenduri cukur jambul sebelah keluarga Mak We. Perhentian pertama kami di R & R Seremban. Keadaan bergerimis dan jalan agak sesak. Setelah semuanya sampai kami berkumpul sebentar dan bergerak ke destinasi seterusnya lebih kurang 12.45 tengahari.
Perhentian kedua pula di R & R Port Dickson. Di sana kami berbincang di manakan tempat yang paling sesuai utk makan tengahari. Melalui perbualan talipon, Pak We menyatakan makan tengahari di Tanjung Agas. Tetapi kekalutan berlaku..rupa-rupanya tempat yang dinyatakan oleh Pak We adalah rumah abang ipar beliau. Kami terpaksa membatalkan hajat kami nak ke sana kerana tidak mahu menyusahkan tuan rumah dengan kehadiran kami yg ramai ini. Kata putus di ambil, akhirnya tempat yg paling sesuai di Batu 4.
Perhentian ketiga adalah di Batu 4. Pada masa itu lebih kurang pukul 2 petang. Wakaf-wakaf di sana telah ada penghuninya. Kami akhirnya bersetuju membentang tikar di bawah pokok yg rendang. Kami hanya berdoa agar gerimis tidak menjadi hujan yg lebat. Kami bertawakal dan mengeluarkan lauk pauk dan menjamu selera dengan penuh nikmat dan syukur.
Lebih kurang pukul 2.45 petang Pakchek bergerak ke Hotel Bayu Beach Resort untuk urusan check-in. Sungguh ramai di lobi hotel..mungkin pelajar atau pekerja yg ada seminar check-out. Alhamdulillah urusan di kaunter berjalan lancar. Kunci dan tiket parking di serahkan pada setiap keluarga dan empunya kereta. Apabila sampai di bilik hotel ada sedikit masalah.. ada 1 bilik belum berkemas lagi. Penginap bilik no. 1133 keluarga Pakngah dan Pakchek. Agak lama juga bilik itu boleh dimasuki. Walaubagaimanapun kami bersabar dan lepak di bilik-bilik yang ada. Bilik no. 1132 pula di tumpangi oleh keluarga Pak Itam dan pasangan Ayahchik. Bilik no. 1131 diduduki oleh keluarga Pak Anjang dan Pak We. Bilik itu juga tempat kami letak barang makanan.. kiranya cafe kami semua lah ni. Terima kasih Mak Anjang dan Mak We kerana menjaga permakanan kami..hehe. Bilik seterusnya no. 1130 di sewa oleh Bonda, keluarga Mak De Besar dan keluarga Pok De.
Lebih kurang pukul 6 petang, Pakchek, Makchek, Ayahchik dan Mokchik keluar untuk urusan masing-masing. Urusannya adalah singgah di rumah keluarga Makchek utk catering dan makan malam esok. Selepas itu kami terus ke Lukut dan membeli kek di Secret Reciepe. Cake Chocolate Strawberry yang berharga RM 75.00 yang telah disponsor oleh Makde Kecik. Khas untuk sambutan Hari Jadi Mak We, PokDe, Afham dan anniv Ayahchik dan Mokchik. Pasangan Pakchek dan Makchek pun nak menumpang 2 kaki..hehe. MokDe Kecik pula keluar untuk membeli makanan malam. Yong Tau Foo jadi pilihan.
Selepas solat maghrib kami menjamu selera dengan saki baki lauk tengahari tadi dan Yong Tau Foo. Sungguh menyelerakan makan beramai-ramai ni. Syukur nikmat di atas rezeki yang diberi Allah. PakAnjang memberi cenderahati pada semua gelang dari pasukan Manchester United dan Chelsea. Terima kasih daun keladi PakAnjang.
Tiba masanya untuk anak-anak mengasah minda dan fikiran. Game pertama kami adalah kuiz. Kumpulan pertama di wakili oleh Muhammad Taqiyuddin, Akalisya, Mohammad Haiqal dan dibantu oleh Mok Chik dan Pak We. Kumpulan kedua di wakili oleh Amirul, Muhammad Syakir, Afham dan dibantu oleh Ummu Nadia dan Pak Chek. Kumpulan Ketiga pula di wakili oleh Fahim, Hazim, Faiq dan di bantu oleh Akalily dan Mok De Kecik. Kami sungguh teruja dengan soalan-soalan yang di beri. Ada kumpulan yg tidak bernasib baik kerana kerap dapat cabutan "Bankrap" "Hilang Giliran" dan "Undur"..hehe. Tapi mereka tetap mencuba dengan baik. Sebenarnya soalan-soalan tersebut lebih kepada anak-anak..tapi yang dewasa pula yang over nak menjawab...hehe..tak pastilah kuiz ini untuk siapa sebenarnya..kihkihkih.. Apa pun semangat berkumpulan itu ada. Riuh rendah dalam bilik tersebut amat ketara..hingga timbul rasa bimbang kena warning. Sampaikan Mok De Besar keluar dari bilik untuk menguji tahap bunyi.. rupanya d luar tidak kedengaran pun bunyi riuh. Kemenangan besar telah dimenangi oleh kumpulan kedua. Tahniah pada semua.
Setelah acara kuiz selesai, kami ada 1 suprise. Pada tarikh ini, adalah Hari Lahir Mak We yang ke berapa ek....biarlah rahsia..hehehe. Diikuti oleh Hari Lahir Pok De pada 23hb Disb dan Afham. Ayah Chik dan Mok Chik pula menyambut ulang tahun perkhawinan mereka yang pertama pada 29hb Nov. Ada juga nak menumpang sekaki pada kek yg tak berapa besar tu.. siapa lagi kalau bukan Pak Chek dan Mak Chek yg menyambut ulang tahun mereka pada 2hb Nov yang ke 13 thn. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Rasanya kami memang kekenyangan dengan makan. Setelah semua acara selesai kami balik kebilik masing-masing untuk beristirehat dan tidur.

mmg sronok g PD ari tu,walaupun first time wat cam ni,ramai2 dgn activitinyer....kira dh cukup baguss dah....syukur objective tercapai....bg mengenali pasangan masing2...smua kantoi....dh lama kawin pon masih x tau saiz kasut wife...hahahahaaaaa
ReplyDeletewwwoooowww..canteknyeee wall ni...apepun thanks kepda admin..sbb sntiasa menceriakan wall ni dgn subject2x baru....apepun kenangan di PD xkn dilupekan...
ReplyDelete