Sunday, October 17, 2010

Kongsi Resipi


Rendang Tok Embun

Bahan-Bahan:-

Tangkap dan sembelih 10 ekor ayam (kampung)
Giling 1 kilo rempang rendang
200 gm cili kering
Beli 20-25 batang serai kat Pakcu (Zali)
Gali 50 gm lengkuas
Gali 100 gm halia
Gali 30 gm kunyit hidup
Kupas 1 kilo bawang merah
70 gm bawang putih
kukur dan perah untuk 5 kilo santan
Goreng dan tumbuk 1 1/2 kilo kelapa utk dijadikan kerisik
Petik 10 helai d
aun limau purut
Cari 5 helai daun kunyit kat belakang rumah mak
Beli 4 sekawan kat kedai runcit
Minyak masak
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara membuatnya:-

Ayam di bersih dan dipotong ikut saiz dan di matikan darah. Bawang dikisar dengan sedikit air, kisaran kedua hanya guna air bawang tapisan pertama lakukan untuk kisaran seterusnya. Serai di titik. Halia, lengkuas, kunyit hidup, daun limau purut di kisar bersama. Cili kering dikisar.

Tumiskan serai dengan empat sekawan, kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis hingga garing. Kemudia
n masukkan cili kering kisar dan rempah. Setelah semuanya garing dan masak masukkan ayam dan santan. setelah setengah masak masukkan santan dan daun kunyit yang telah dihiris halus. Masak lah hingga agak kering.
______________________________________

Laksa Johor -Sumbangan Cik Hyza


Bahan A:-

2 inci lengkuas - di ketuk
5 batang serai - di ketuk
4 sekawan
Bawang putih - dihiris
Bawang merah - dihiris

Bahan B:-

4 biji bawang besar
8 biji bawang
11/2 inci halia
i kilo ikan kembung.parang - diambil isi dan diblend
1/2 cawan udang kering - direndam dan diblend
1 peket kecil rempah kari ikan dan kari daging
Lada hitam
Kerisik
Santan
Air asam jawa

Cara-cara membuatnya:

Tumis bahan A hingga wangi dan garing. Tumis bahan B yang di blend sampai pecah minyak. Masukkan rempah kari, kacau hinggan tumisan pecah minyak. Masukkan santan cair, air asam jawa, isi ikan, udang kering, serbuk lada hitam (ikut pedas). Masak hingga gelegak, masukkan santan pekat gula, garam secukup rasa.

Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan tunggu sehingga didih ye tuan puan..heheh maka ciaplah resepi nie.

Jangan lupa spaghetti .. takkan nak makan kuah je kan...:)

Hidang dengan :-

Hirisan bawang besar
Serbuk belacan
Daun kesum
Daun selasih
Taugeh
Timun


Dah leh makan dah....nyam nyam....hehehe

12 comments:

  1. Cuba lah ek.. sodap tak sodap complain lah..hehe..
    selamat mencuba pada hari lebaran akan datang

    ReplyDelete
  2. mmg laksa johor best,ari tu dh pekena yg anis bikin,terangkat la gak,kalau pedas kit gik...lg best

    ReplyDelete
  3. nice.. thanks nnt suh chik wat lak

    ReplyDelete
  4. suh cik wat sik mato laaa....dap gakkkk

    ReplyDelete
  5. share lah resepi kat sini.. leh kami cuba pulak..

    ReplyDelete
  6. Ayam kari best

    Bahan-bahan
    Ayam
    Kari ayam
    santan 2 cawan
    halia 1/2 inci
    bawang besar 1
    bawang putih 5
    kentang 4 biji
    cara-cara memasak:
    kisar bawang besar , bwag putih, halia, rempah kari ayam, lada kering dan garam.
    kemudian tumis semua bahan yang dikisar hingga pecah minyak.
    masukkan ayam dan kacau.
    selelapas 5 minit masukkan kentang dan santan.
    letak serbuk kunyit untuk mencantikkan warna kari itu tadi...
    selalu kacau dan setelah 45 minit sedia untuk dimakan...selamat mencuba... fina

    ReplyDelete
  7. Resepi
    ketam masak lemak cili api
    bahan-bahan:
    Ketam 3 ekor (dibersihkan dan dipotong 2)
    santan 2 cawan
    lada kecil ditumbuk/kisar-(10 biji)
    bawang putih 6 biji(dikisar bersama lada kecil)
    serai 2 batang
    Cara memasak
    letak santan ,bahan kisar ke dalam kuali
    masukkan sedikit garam...dan kunyit
    jgn lupa pastikan air diisi bersama santan tadi
    panaskan bahan-bahan tadi dengan api yang perlahan.
    kacau agar tidak bertaik minyak
    setelah santan masak, letak ketam dan kacau hingga masak.
    selamat mencuba.

    ReplyDelete
  8. Resepi:
    Daging masak merah

    Bahan-bahan
    Daging(batang pinang)
    sos tomato
    bawang besar
    bawang putih
    halia
    Cara memasak
    rebus daging kemudian potong nipis-nipis
    tumis bawang
    masukkan sos tomato dan sedikit sos tiram
    masukkan halia dan tuang air
    masukkan daging dan letak garam sesedap rasa
    akhir sekali letak hirisan bawang dan lada.
    sedia untuk dihidang.

    ReplyDelete
  9. Masak Lemak Pucuk Ubi

    Pucuk ubi (dibersihkan dan dicelur)
    santan
    serai
    bawang merah
    ikan bilis
    garam

    cara memasak

    keluarkan pucuk ubi yang telah dicelur(letak tepi)

    masukkan santan
    Bawang ditumbuk bersama ikan bilis
    Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk beserta serai
    Kacau semua bahan2 di atas api yang perlahan
    setelah santan masak isi pucuk ubi dan kacau hingga masak. Jgn lupa letak garam dan QC masakkan anda...Selamat mencuba

    ReplyDelete
  10. thanks finnah..
    akak nak minta resepi lauk masakkan yg akak suka finnah masak tu.. mcm sup ayam tu..leh tak

    ReplyDelete
  11. akak..ayam msk gulai masam ek... bole..bole..bole

    Ayam Masak Gulai Masam

    Bahan-bahan

    Ayam 6 ketul
    Bawang putih 5 ulas ditumbuk(jgn tlalu hancur)
    Garam
    Asam keping(ikut selera)
    serbuk kunyit
    air

    cara masak

    letak ayam di dalam periuk
    letak bawang putih
    serbuk kunyit(jgn tlalu banyak nanti tak best)
    garam
    asam keping
    air sehingga ampuh ayam..
    kacau rata
    biarkan mendidih
    QC masakan anda
    jgan terlalu masam nanti sakit perut..
    biar sehingga naik minyak ayam tersebut...
    Selamat mencuba

    ReplyDelete
  12. alahai..dah terasa2 masak gulai masam fina tu... ti nk beli ayam n nak cuba.. makacih...

    ReplyDelete